Penyanyi, hos TV Alien Huang mati selepas jatuh di tandas rumah

0
3
PARIS, FRANCE - JUNE 25: Actor Alien Huang wears a Haider Ackermann shirt, Ambush necklace, Dries Van Noten shorts, and And Them on June 25, 2015 in Paris, France. (Photo by Melodie Jeng/Getty Images)

PENYANYI dan hos televisyen terkenal Taiwan, Alien Huang, 36, meninggal dunia  selepas terjatuh di tandas rumahnya, di Taipei hari ini.

Sewaktu kejadian Huang dikatakan bersendirian di rumah. 

Mayat penyanyi tersebut ditemui bapanya sewaktu membawa makan tengah hari sekitar jam 11 pagi.

Ketika ditemui, Huang dilaporkan berada dalam keadaan terbaring di ruang laluan berdekatan bilik mandi dan terdapat kecederaan pada kepalanya serta kesan darah di lantai.

Paramedik bertugas yang tiba mengesahkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Pihak polis juga tidak menemui sebarang objek atau kesan mencurigakan.

Huang popular apabila mengendalikan program 100% Entertainment bersama Show Lo and Linda Chien. 

Dia mula mencipta nama dalam arena seni sejak 2006.

Penyanyi itu menjadi selebriti ketiga yang meninggal dunia dalam tempoh tiga hari ini. 

Terdahulu, aktres Korea Selatan, Oh In-hye dan pelakon Jepun Ashina Sei dilaporkan meninggal dunia. – Malaysiapost