PRN Sabah: RM1,000 hadiah kahwin jika Usno menang PRN

0
2
KOTA KINABALU, 16 Sept -- Ketua Umum Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia berucap sebelum melancarkan manifesto USNO dalam satu majlis di sini hari ini.?Beliau berkata manifesto USNO ke arah mengangkat martabat dan mensejahterakan rakyat Sabah itu juga antara lain akan memastikan seorang menteri kanan dari Sabah dilantik mengisi kabinet Persekutuan merangkumi Kementerian Kewangan, Pembangunan Luar Bandar, Pendidikan serta Pertahanan.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

HADIAH RM1,000 ditawarkan kepada pasangan rakyat Sabah yang pertama kali berkahwin jika Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Itu antara janji manifesto parti yang dipimpin bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku Ketua Umumnya.

Pandikar yang juga calon Usno di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, ketika mengumumkan manifesto parti itu di Kota Kinabalu turut menyenaraikan beberapa lagi keistimewaan bakal diperolehi rakyat Sabah jika memberi kemenangan kepada Usno.

Antaranya, hadiah kelahiran RM300 bagi setiap anak Sabah, pembiayaan  perubatan kepada rakyat Sabah sehingga RM10,000 dan bantuan sekurang-kurangnya RM500 sebulan kepada warga emas.

“Kalau Usno menang kita akan berikan bantuan khas RM500 kepada orang miskin, yatim piatu dan ibu tunggal serta wang segera RM500 kepada keluarga yang terlibat dalam kes perceraian dan hilang punca pendapatan.

“Kita juga akan memberi murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah setiap seorang RM100, manakala RM1,000 akan diberikan kepada setiap pelajar yang mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi,” katanya.

Turut dijanjikan ialah bantuan khas RM500 kepada orang miskin, yatim piatu dan ibu tunggal dan wang segera RM500 kepada keluarga yang terlibat dalam kes perceraian dan hilang punca pendapatan.

Usno turut menyenaraikan bantuan kepada setiap murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah dengan setiap seorang menerima RM100, manakala RM1,000 akan diberikan kepada setiap pelajar yang mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi.

Selebihnya, Usno menyenaraikan bantuan seperti berikut:

⁃ Khairat kematian RM1,000

⁃ Sumbangan RM500 kepada setiap keluarga kurang berkemampuan menjelang perayaan besar

⁃ Sebuah kenderaan jenazah di setiap daerah

⁃ Bantuan susu segar, pakaian seragam dan kelengkapan sekolah seperti buku, pen, pensil, kasut dan stoking kepada setiap pelajar

⁃ Bil elektrik kurang daripada RM50 dan bil air kurang daripada RM30 dikecualikan bayaran

⁃ Bantuan RM30 hingga RM150 bagi kos pengangkutan awam pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU

⁃ Bantuan RM500 kepada petani, nelayan dan penternak yang terjejas pada musim tengkujuh atau banjir, kemarau dan bencana

⁃ Bantuan segera RM5,000-RM10,000 kepada ketua keluarga yang menjadi mangsa kemusnahan rumah akibat bencana alam, kebakaran atau kecelakaan

⁃ Menyediakan 30,000 peluang pekerjaan baharu

⁃ Dana tahunan RM10 juta untuk industri kecil di peringkat kampung

⁃ Dana RM100 juta untuk memajukan golongan masyarakat terlibat sektor pertanian, perikanan dan penternakan

⁃ Dana aktiviti belia RM10,000 hingga RM50,000 di setiap kampung

⁃ Dana RM10 juta kepada lepasan institusi pengajian tinggi bagi membayar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

⁃ Dana RM30 juta untuk membantu belia memulakan perniagaan di pusat sehenti; dan

⁃ Dana tahunan aktiviti wanita RM10,000-RM25,000 di setiap kampung – Malaysiapost