Wanita China dikehendaki bagi perbicaraan di mahkamah

0
2

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu mencari seorang wanita warga China bagi tujuan perbicaraan di mahkamah berhubung kes Imigresen.

Wanita bernama Wei Fangfang, 38, dikehendaki bagi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Semenyih berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

JIM dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan wanita berkenaan yang bernombor pasport EF5215695 beralamat terakhir di Meng Market Sdn Bhd di D-G-2A Fortune Avenue, Jalan Metro Perdana 3, Taman Usahawan Kepong.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Mohd Azamuddin Long, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya.

“Maklumat boleh disalurkan melalui talian 03-88801338/1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” menurut kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here