Pendaftaran ‘waiting list’ dos penggalak di PPV swasta bermula 22 November ini

0
2

PENDAFTARAN nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara bermula 22 November ini.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak
(CITF-B) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat badan bertindak itu yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini.

Katanya, pendaftaran secara walk-in ini akan dilaksanakan bagi lima kategori.

“Ia adalah untuk individu yang layak pemberian dos penggalak, individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum
janji temu dan individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin Covid-19.

“Ia termasuklah individu yang terlepas janji temu vaksin dan
remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, ketika ini keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan.

“Keutamaan juga diberikan kepada individu berusia 40 tahun dan ke atas, individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi, penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang termasuk ibu mengandung dan keperluan ke luar negara,” katanya.

Sehubungan itu, CITF-B percaya pendekatan ini akan memudahkan dan menggalakkan individu
yang layak untuk secara sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa
perlu menunggu lebih lama.

” Mereka yang telah berjaya mendaftar akan
dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau ‘no show’ oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.

“Pendekatan seumpama ini juga akan membantu kerajaan
memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optima,” katanya.

Menurut kenyataan itu, selain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran
juga boleh dilakukan melalui telefon dan emel.

“Orang ramai boleh merujuk dan
menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan ‘walk-in/telefon/emel’ untuk mendaftar melalui www.protecthealth.com.my.

“Sehingga kini, lebih satu juta dos penggalak telah diberikan kepada mereka yang
layak di seluruh negara dan kerajaan kini dalam usaha untuk meningkatkan
usaha pemberian dos penggalak bagi memastikan tempoh perlindungan yang
optima dapat dicapai. Dapatkan janji temu vaksin anda dengan segera,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here