29 plastik bahagian hidupan liar dirampas

0
2

SEBANYAK 29 plastik mengandungi bahagian hidupan liar pelbagai spesies dirampas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang di sebuah premis di Kuantan.

Menurut PERHILITAN dalam kenyataan di Facebook hari ini, pihaknya menjalankan satu pemeriksaan penguatkuasaan di premis terbabit pada 1 November lalu.

“Hasil pemeriksaan tersebut telah merampas 29 plastik mengandungi bahagian hidupan liar terdiri daripada pelbagai spesies disyaki rusa, kijang, landak, pelanduk dan ayam hutan.

Selain senapang dan peluru, dua bilah parang turut dirampas

“Turut dijumpai bersama suspek ialah selaras senjata api dan lima belas butir peluru,” katanya.

Mengulas lanjut, menurut PERHILITAN, siasatan awal mendapati suspek gagal mempamerkan dokumen penyimpanan bahagian hidupan liar terbabit.

“Justeru, satu laporan polis telah dibuat berkenaan pemeriksaan ini dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan PERHILITAN Negeri Pahang untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here