Kehadiran ‘Abah’ kurang disenangi di Melaka

0
2

Aiman Hanif

PERIKATAN Nasional (PN) dilihat sedikit tersilap dalam percaturan strategi apabila mempertaruhkan aura bekas Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini kerana kehadiran poster “Abah” di setiap pelusuk Melaka kurang disenangi pengundi ekoran imej Presiden Bersatu sedikit tercalar ketika memimpin negara dengan melaksanakan “lockdown”

Menurut laporan tinjauan oleh agensi kerajaan pada PRN Melaka, “kehadiran Muhyiddin” dalam kempen kurang disenangi.

“Kehadiran poster ‘Abah’ yang memonopoli poster kempen kurang disenangi pengundi kerana imej ketika menjadi Perdana Menteri.

“BN bijak mengatur percaturan kempennya apabila gambar pemimpin utama mereka tidak dipaparkan sebagai bahan kempen kerana terpalit dengan kes di mahkamah,” kata laporan itu.

Tinjauan Malaysiapost mendapati poster Muhyiddin mendominasi kempen PRN Melaka kali ini.

Bahkan poster PN dilihat menjuarai poster-poster kempen parti lain termasuk poster BN dan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimana pun tinjauan Malaysiapost mendapati tiada poster Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Melaka.

Pengundi keliru BN dengan PN

Selain itu, laporan pemantauan agensi kerajaan juga mendapati pengundi di Melaka keliru dengan PN dan BN.

Pengundi keliru untuk membuat keputusan kerana dua parti itu bersama dalam kerajaan di peringkat Persekutuan, namun “bercerai” di peringkat negeri Melaka.

“Pengundi juga didapati keliru dengan PN dan BN yang sebelum ini bekerjasama membentuk Kerajaan Persekutuan, namun tidak bersama di Melaka.

“Begitu juga pengundi keliru dengan warna parti PN yang hampir sama BN.

“Situasi ini sedikit sebanyak menyukarkan pengundi untuk membuat keputusan. Bagaimana pun secara keseluruhannya pengundi lebih dekat dengan BN,”katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here