PRN Melaka: 74% keluar mengundi awal setakat 2 petang

0
2

SEBANYAK 74 peratus pemilih yang mengundi awal sudah menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat jam 2 petang tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, pengundi awal itu terdiri daripada petugas barisan hadapan termasuk polis dan tentera.

Sementara itu, SPR turut memaklumkan sebanyak 21 daripada 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) ditutup pada jam 2 petang tadi.

Proses pengundian awal PRN Melaka melibatkan 31 lokasi di seluruh negeri bermula jam 8 pagi tadi.

Dijangka 11,557 pengundi awal terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 polis akan menjalankan tanggungjawab masing-masing pada hari ini.

Sebelum ini, SPR menetapkan tarikh 8 November sebagai hari penamaan calon manakala hari ini untuk pengu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here