Rosyam Nor teruja sambut ‘hero’ pertama dalam keluarga

0
2

PELAKON popular Datuk Rosyam Nor tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan bersyukur akhirnya memiliki ‘geng’ selepas anak perempuan keduanya melahirkan cucu lelaki pertama.

Berita gembira tersebut dikhabarkan Rosyam atau nama penuhnya Mohamed Noor Shamsuddin, 54, menerusi hantaran di Instagramnya, sebentar tadi.

“32 tahun! Alhamdulillah, lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurniaan-Mu.

“Hasil perkahwinan aku, dikurniakan lima anak perempuan. Hasil perkahwinan anak sulung, Arniesha Azureen, dikurniakan tiga cucu perempuan,” tulisnya dalam hantaran itu.

Pelakon Janji Diana itu berkata, hasratnya untuk memiliki ‘hero’ dalam keluarga sudah lama semenjak mendirikan rumah tangga bersama isterinya Runika Mohd Yusoff 32 tahun lalu.

Katanya, impiannya termakbul apabila dikurniakan cucu lelaki pertama semalam.

“Proses yang panjang selama 32 tahun, tunggu sang hero. Alhamdulillah, semalam anak, Nur Anis selamat melahirkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Rosyam juga sempat bertanya kepada peminat apakah nama yang sesuai diberikan kepada cucu lelaki pertamanya itu.

“Cucu lelaki!!! Apa nama nak letak?,” tanya Rosyam.

Sepanjang 32 tahun perkahwinan, bintang filem KL Gangster 2 itu dikurniakan lima orang anak perempuan, Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here