Polis tahan penjawat awam tembak pengunjung pub

0
2

POLIS menahan seorang penjawat awam selepas didakwa melepaskan tembakan ke arah pengunjung di sebuah pub di Bandar Puchong, Selangor malam semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata suspek yang juga seorang lelaki berusia 56 tahun, mempunyai kebenaran untuk membawa senjata api.

“Siasatan awal mendapati semasa berada di dalam premis, lelaki tersebut telah melepaskan satu das tembakan dari sepucuk pistol dan mengenai salah seorang pelanggan yang berada di situ iaitu seorang lelaki berusia 56 tahun.

“Siasatan awal mendapati suspek juga tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi semasa kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan akibat kesan tembakan di bahagian belakang badan dan lengan kiri.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan dan mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau berkata, polis menahan suspek dan pistol yang digunakan semasa kejadian turut dirampas dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Sinar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here