SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) memaklumkan permohonan undi pos secara dalam talian bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah dibuka bermula 8 sehingga 24 November ini.
Setiausahanya Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata permohonan undi pos itu adalah untuk pengundi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), dan kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan dan Kesihatan) sahaja.
Manakala, katanya permohonan untuk undi pos kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media) akan dimaklum kelak.
“Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang MySPR Daftar di pautan berikut https://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR iaitu https://www.spr.gov.my/.
“Pemohon dinasihatkan agar membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan,” kata kenyataan itu hari ini.
Ikmalrudin berkata, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian 03-88927080 atau emel kepada [email protected]. – Malaysiapost

