PERHILITAN tangkap harimau kumbang jantan di Kuala Berang

0
2

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia berjaya menangkap seekor harimau kumbang jantan di Kuala Berang, Terengganu.

Menurut PERHILITAN dalam kenyataan hari ini, operasi tangkapan itu dilakukan pada 1 November lalu.

“Satu operasi telah dijalankan susulan menerima maklumat daripada penduduk kampung yang melihat kehadiran hidupan liar terbabit pada 30 September lalu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, harimau tersebut telah selamat dipindahkan dan dilepaskan di kawasan perlindungan di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here