
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan sesi persekolahan penggal 3 sesi 2021/2022 bagi negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022.
Bagi negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula sesi persekolahan penggal 3 bermula 3 Januari hingga 20 Mac 2022.
KPM dalam kenyataan berkata, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A.
Manakala, bagi negeri kumpulan B pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023.
Kenyataan itu berkata, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini.
“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya. – Malaysiapost
