Undian 86 juta: Kiraan undi bukan pakai IC macam pilihan raya – Janna Nick

0
2

PELAKON dan pengacara, Janna Nick tampil menjelaskan kontroversi bagaimana dirinya mendapat 86 juta undian dalam talian sehingga dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPH34).

Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, 26, berkata, pada mulanya dia tidak mahu menghiraukan kata-kata orang yang mempersoalkan bagaimana namanya mendapat undian sebanyak 86 juta melebihi keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia seramai 32.75 juta.

Bagaimanapun, menerusi temubual bersama penyampai radio HotFM Fara Fauzana, AG Azmeer dan Fad Bocey, Janna memberitahu pengiraan undian bagi Anugerah Bintang Popular sangat mudah.

“Orang yang berkata-kata ini mesti tidak pernah masuk website Anugerah Bintang Popular. Sebab kalau betul para pengundi yang mengundi di website ini mereka tahu undian bukan dikira satu undian satu IC (kad pengenalan) macam pilihan raya, tidak..,” katanya.

Pelakon siri Misteri Mona itu berkata, perbezaan undian yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya adalah kerana peminat yang membuat undian menggunakan telefon jenis Xiomi mewakili 35,000 undi untuk sekali tekan.

“Saya tak berapa ingat jumlah spesifik dia. Saya rasa dalam jumlah itu,” ujarnya lagi.

Janna diangkat sebagai Bintang Paling Popular selepas meraih undian sebanyak 86,374,777 juta, sekali gus memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta dan telefon bimbit Xiaomi.

Selain itu, Janna merangkulkan dua trofi termasuk Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Namun begitu, muncul persoalan mengenai jumlah undian yang diterima melebihi jumlah penduduk di Malaysia yang mempunyai 32.75 juta orang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here