KKM saran ambil dos penggalak, keberkesanan vaksin menurun lepas beberapa bulan

0
3

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kepada individu di negara ini agar mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Menterinya Khairy Jamaluddin, berkata ia kerana keberkesanan vaksin Covid-19 akan menurun selepas beberapa bulan menerima suntikan.

“Sebab itu PICK (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) memberi dos penggalak.

“Di Chile, dos penggalak Pfizer kepada penerima Sinovac keberkesanan sehingga 95 peratus,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Khairy berkata, pemberian suntikan dos penggalak adalah strategi perlindungan yang penting terutamanya dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial.

“Jika anda menerima janji temu untuk dos penggalak, KKM menyarankan anda hadir dan menerima ‘booster shot’ untuk Covid-19,” katanya.

Dalam ciapan lain, Khairy memaklumkan setakat ini vaksin Pfizer telah diluluskan untuk penggunaan dos penggalak bagi penerima vaksin Pfizer dan Sinovac.

“Kami juga sedang menilai kombinasi lain, untuk keselamatan dan keberkesanan dan akan mengumumkannya dalam beberapa minggu akan datang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here