Arak Timah, apa tiada nama lain?

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634444543597","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

Prof Dr Shamrahayu A Aziz

NAMA Timah popular dalam seminggu dua ni. Kenapa sebenarnya nama ni di pilih sebagai jenama arak?

Hakikatnya nama Timah ni popular dalam kalangan masyarakat Melayu sebagai nama timangan – biasanya singkatan kepada nama Fatimah.

Walaupun ada yang beranggapan nama Fatimah tidak patut disingkatkan kepada Timah sahaja, tapi itu adalah kebiasaan yang tidak salah dalam kalangan masyarakat Melayu.

Kadang-kadang orang bernama Fatimah juga dipanggil Cik Timah. Kalau di Kelantan, Timah dipanggil Ttimoh atau Che Ttimoh. Itu biasa.

Amat tidak wajar sama sekali kalau dipanggil atau digelar puteri Rasulullah SAW sebagai Timah sahaja, sebab nama yang sebenar ialah Fatimah.

Tapi seperti saya sebut tadi, dalam masyarakat Malaysia, terutamanya orang Melayu ia sudah jadi satu kelaziman yang sebelum ini tidak pernah dipersoalkan dalam masyarakat.

Kecuali tuan badan sendiri atau keluarga tidak benarkan Fatimah dipanggil Timah. Seperti ungkapan Fatimah yang satu masa dulu kata “jangey panggil Timoh, panggil Fatimah”. Kita kena hormatlah tuan badan.

Bila Timah dijadikan jenama arak, ia semacam mengambil nama timangan yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu yang rata-ratanya Islam.

Mungkin itu, mungkin lah, saya tak tahu, mungkin itu bukan niatnya. Walaupun ia mungkin bukan niat, namun ia tetap mengguris sensitiviti, sebab orang yang nama Timah, atau Fatimah, atau masyarakat Islam umumnya tidak serasi sekiranya dikaitkan dengan arak.

Walaupun ada juga ungkapan, apa ada pada nama, tapi tiada orang boleh sangkal bahawa nama adalah identiti.

Apa masyarakat Melayu tidak terbuka untuk menerima Timah sebagai jenama arak? Soal minda terbuka atau hati atau jiwa besar tu ada bertempat.

Kalau nak terbuka semuanya, ia boleh lenyapkan identiti sendiri. Kena juga fikir tentang dimensi atau skop “keterbukaan” tu.

Justeru, walaupun kita bebas menggunakan apa saja nama untuk jenama produk kita, kalau ada yang mempersoalkannya kerana sensitiviti masyarakat, eloklah ia dielakkan.

Biarlah harmoni. Tak perlu diundang kontroversi tidak perlu. Pada saya tidak timbul soal kepentingan peribadi tentang persoalan yang dibawa oleh sekelompok masyarakat Islam Malaysia tentang penggunaan Timah sebagai jenama arak.

Ini kerana nama Timah tak pernah, memang tidak pernah dikenali sebagai jenama arak; nama Timah dah terkenal sebagai nama timangan orang Malaysia yang bernama Fatimah.

Soalnya sekarang kenapa dipilih nama Timah kalau ia boleh menimbulkan ketidakselesaan sebahagian ahli keluarga kita. Apa tiada nama lain?

Penulis adalah Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM)

(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here