Kes Covid-19 di Pahang meningkat

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

BERLAKU peningkatan kes Covid-19 di Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Pekan yang didapati berpunca daripada aktiviti balik kampung serta kenduri dan majlis sosial lain.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata peningkatan kes di Pekan disumbangkan oleh kes dari Felda Chini membabitkan 62 kes dari 25 buah keluarga.

Menurutnya, kes-kes berkenaan dikesan di Felda Chini 1 hingga Felda Chini 3.

“Hasil siasatan mendapati waris atau ahli keluarga yang pulang ke kampung membawa ‘buah tangan’ Covid-19 bersama.

“Ada perhimpunan keluarga seperti kenduri dan majlis sosial yang lain di mana kurangnya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikalangan mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, peringatan sudah diberikan agar memastikan bebas daripada Covid-19 jika melakukan rentas negeri atau pergi kemana-mana, namun malangnya SOP sering tidak dipatuhi.

“Kita pun tahu semasa berhimpun bersama keluarga pematuhan SOP hampir tiada. Mana ada sesama keluarga pakai pelitup muka. Apa lagi jika ada majlis makan-makan dan sebagainya.

“Justeru, kaedah terbaik dan asas adalah jangan ‘perkenalkan’ virus Covid-19 19. Pastikan kita bebas dulu dari virus barulah kita boleh berhimpun ramai-ramai. Dengan cara begini kluster di kalangan keluarga boleh dielakkan,” katanya.

Menurutnya, SOP mungkin sesuatu yang sangat tidak digemari masa kini, namun pematuhan SOP adalah kawalan terbaik buat masa ini selain pengambilan vaksin.

“Sangat elok jika kita melaksanakan ujian saringan kendiri sebelum pulang ke kampung atau selepas pulang dari tempat percutian.

“Tindakan ini sangat berkesan untuk mencegah penularan lagi besar jika kita disahkan positif. Kita kena berusaha ke arah hidup dengan norma baru. Jangan alpa dan leka. Kita belum menang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here