Muhyiddin selar cabaran Shahrir cabaran ‘bodoh’

0
4

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin menyifatkan cabaran agar partinya menarik sokongan terhadap Menteri Nesar Johor, Datuk Hasni Mohammad sebagai berniat jahat.

Malah, beliau menyelar cabaran yang dilontarkan oleh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abd Samad sebagai ‘bodoh’ yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat Johor jika berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.

“(Cabaran) itu berniat jahat. Shahrir nak macam mana berlaku di Melaka, berlaku di Johor.

“Jangan cabar saya. Sekarang saya boleh tekan semua butang, semua jatuh. Kamu nak itu berlaku? Saya tak takut, tapi saya fikirkan nasib rakyat Johor.

“Tengok di Melaka. Jahat. Kerajaan sudah ada. Dia sendiri tumbangkan. Shahrir cabar Bersatu tarik sokongan supaya pemimpin itu jatuh. Bijak atau bodoh? Minta maaflah,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, Shahrir dalam hantaran di Facebook berkata, Umno telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya wakil rakyat daripada Bersatu menarik sokongan terhadap Menteri Besar Johor.

Ini susulan Muhyiddin ketika berucap pada satu majlis di Shah Alam, semalam, menyifatkan UMNO sebagai parti yang mementingkan diri sendiri, walaupun ketika rakyat berdepan ancaman Covid-19.

Mengulas mengenainya, Muhyiddin menegaskan, pemimpin politik sewajarnya memikirkan soal rakyat yang sedang bergelut melawan pandemik Covid-19.

“Kalau nak buat, saya boleh buat. Tapi saya tak nak buat sebab saya kasihan dengan rakyat Johor.

“Takkan saya nak buat di Johor, bodohlah saya. Cabaran itu sangat tidak munasabah. Kenyataan politik yang amat tidak bertanggungjawab. Sepatutnya, orang Johor marah Shahrir,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here