3 hari kes Covid-19 lepasi 6,000

0
3

JANGKITAN baharu Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan kekal melepasi 6,000 kes apabila 6,517 kes dilaporkan, hari ini.

Angka itu meningkat sebanyak 274 kes berbanding 6,323 kes direkodkan semalam, sementara 6,243 kes pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya, memaklumkan angka itu sekali gus menjadikan 2,535,338 individu disahkan dijangkiti Covid-19 di negara ini.

Menurutnya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan nilai kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 negara semalam kembali meningkat apabila melepasi kadar 1.0.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau kadar kemasukan ke hospital serta petunjuk utama lain.

Rt nasional kembali ke 1.0. Kami sedang memantau kemasukan hospital dan petunjuk utama lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here