SPR adakan mesyuarat khas tetap tarikh PRN Sarawak

0
5
bangunan spr

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-12 pada 24 November ini.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataan, berkata mesyuarat khas itu bermula jam 9 pagi bertempat di Kuching, Sarawak.

Katanya, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh itu bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Sarawak.

“Ia termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain persiapan-persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Sejurus selepas selesai mesyuarat khas itu, satu sidang media akan diadakan untuk mengumumkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Pada 4 November lalu, SPR memaklumkan sudah menerima pemakluman rasmi berhubung penamatan Proklamasi Darurat bagi Sarawak, sekali gus akan mengadakan mesyuarat khas mengenai PRN Sarawak.

SPR menjelaskan, pemakluman rasmi itu diterima daripada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi Sarawak ditamatkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here