KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan mengingatkan pengundi Melaka untuk tidak mengulangi kesilapan lampau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), kali ini.
Zahida berkata, ia penting kerana terbukti hanya Barisan Nasional (BN) yang dapat memberi kestabilan dan kemakmuran kepada negara.
Katanya, banyak perkara dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, tidak dikotakan termasuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaaan kepada rakyat.
“Memang janji mudah dulu pun ada parti janji nak bagi 1 juta pekerjaan. Bila beri peluang, MRT3 batal, ECRL tukar arah, Pan Borneo tangguh, HSR yang ada stesen Melaka pun batal.
“Tak kira ramai kakitangan kerajaan kena berenti. Kalau dah serik jangan ulang kesilapan lampau.
“Sama sama pakat undi BN yang penting stabil dan boleh beri kemakmuran,” katanya menerusi Facebook.
Sebelum ini, PH menerusi manifesto PRU14 berjanji untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan kepada rakyat.
Namun, ia menjadi perdebatan apabila perkara itu didakwa gagal dilaksanakan parti berkenaan selepas memenangi PRU14. – Malaysiapost
Gambar: FB Zahida Zarik

