Rt kembali lepasi 1.0, KKM pantau kadar kemasukan ke hospital

0
3

NILAI kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 negara semalam kembali meningkat apabila melepasi kadar 1.0.

Sehubungan itu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau kadar kemasukan ke hospital serta petunjuk utama lain.

“Rt nasional kembali ke 1.0.  Kami sedang memantau kemasukan hospital dan petunjuk utama lain. 

“Jika anda telah diberi temu janji untuk dos penggalak, ambillah. Warga emas jika boleh, harus mengelakkan tempat yang sesak,” katanya menerusi ciapan di Twitter pagi ini.

Malaysia kembali merekodkan kes harian Covid-19 melepasi angka 6,000 untuk dua hari berturut-turut sejak kelmarin.

Terdahulu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 1.0.

Enam negeri dan wilayah iaitu Selangor, Kelantan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta Pahang merekodkan kadar Rt melebihi 1.0. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here