Kes harian Covid-19 meningkat lagi

0
3
Kelihatan orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengeluarkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) di Bank Simpanan Nasional sekitar Kuala Lumpur ketika tinjauan Malaysiapost hari ini. Kerajaan mempercepatkan bayaran BKC mulai semalam dan melegakan penerima-penerima yang menanti bantuan yang telah dijanjikan kepada semua pihak yang terkesan.

JUMLAH kes harian baharu Covid-19 dilaporkan meningkat lagi dengan 6,323 kes direkodkan hari ini berbanding 6,243 kes semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, kes kumulatif sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,528,821 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan maklumat daripada laman berkenaan, jumlah kes kematian akibat Covid-19 di negara ini setakat semalam adalah seramai 29,486 orang termasuk 5,961 kes kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kes kematian yang dilaporkan semalam adalah seramai 59 kes termasuk 10 kes BID. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here