Ain Husniza gembira, teruskan pembelajaran di sekolah swasta

0
3

PELAJAR Ain Husniza Saiful Nizam yang pernah membuat pendedahan mengenai guru pendidikan jasmani didakwa bergurau berunsurkan rogol, kini telah berpindah ke sekolah aliran swasta.

Saiful Nizam menerusi ciapan Twitter memaklumkan kini anaknya gembira memulakan sesi pembelajaran di sebuah sekolah swasta di Selangor.

“Dia gembira.. alhamdulillah. #AinHusniza #MakeSchoolASaferPlace #CempakaSchools,” tulisnya di ciapan itu.

Dalam entri itu juga memaparkan video berdurasi 19 saat di mana Ain Husniza dilihat memakai pakaian seragam sekolah dan memperlihatkan persekitaran tempat belajar yang baru.

Pada 24 April lalu, media melaporkan seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor, didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Pekara itu diceritakan Ain Husniza menerusi hantaran di TikTok dan telah mendapat perhatian ramai.

Ogos lalu, polis menerima notis Tiada Tindakan Lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya sekali gus tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas guru lelaki berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here