‘Kita adalah Umno dan Umno adalah kita’ – Ahmad Zahid

0
3

SELURUH jentera, ahli, penyokong dan pimpinan Umno digesa memperkasakan semangat, bersatu padu dan berjuang dalam memenangkan calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Gesaan itu dibuat Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan tenaga digembleng serta buah fikiran semua komponen parti demi kejayaan dalam PRN Melaka

Menurutnya, pilihan raya kali ini menuntut sebuah perjuangan yang luhur demi kepentingan parti keramat agama, bangsa dan negara.

“Insya-Allah jika terus berpegang teguh kepada asas itu akhirnya beroleh kejayaan.

“Tiada lebih utama dalam PRN Melaka yang terpaksa kita harungi ini berbanding kejayaan parti.

“Fahami dengan mata hati PRN Melaka adalah perjuangan Umno demi masa depan rakyat dan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab kepada Umno untuk mengembalikan kebenaran kepada rakyat dan dalam perjuangan menegakkan kebenaran kadangkala menuntut pengorbanan.

“Pengorbanan masa, tenaga, perasaan dan segalanya, tetapi sesungguhnya ia sesuatu yang suci dan murni.

“Kita adalah Umno dan Umno adalah kita. Umno adalah maruah dan masa depan kita bersama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here