Cukup-cukuplah lantik Duta Khas bertaraf menteri – Syed Saddiq

0
3

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mempersoalkan pelantikan lebih ramai duta khas ke luar negara dalam kalangan pemimpin politik.

Bekas menteri itu turut mempersoalkan berapa banyak lagi wang rakyat yang diperlu dibelanjakan bagi menanggung gaji duta-duta khas berkenaan.

Beliau berkata demikian susulan beberapa laporan menyebut bahawa Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bakal dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

“Berapa banyak lagi duta khas yang perlu dilantik? Berapa banyak lagi rakyat kena tanggung gaji-gaji duta khas ini?

“Saya mempersoalkan atas merit apa Tajuddin dilantik sebagai duta khas ke Indonesia?

“Saya memang tak faham fungsi duta khas. Mengapa perlu diwujudkan lagi sedangkan kita dah ada Duta rasmi di bawah Kementerian Luar Negeri. Banyak yang bertaraf menteri pula tu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Syed Saddiq berkata sekalipun mahu melantik seseorang Duta Khas, biarlah berdasarkan pengalaman dan merit serta mempunyai objektif.

“Cukup-cukuplah membazir duit rakyat atas pelantikan tiada makna hanya untuk “menghargai” seseorang,” katanya.

Semalam media melaporkan Tajuddin bakal dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia menggantikan Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Tambah menguatkan spekulasi, Tajuddin turut bersama mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengadakan lawatan tiga hari ke Indonesia, bermula semalam.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Wisma Putra setakat ini berhubung pelantikan Tajuddin.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here