Covid-19: 78 kematian, 19 BID direkodkan semalam

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 78 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan setakat semalam. 

Daripada angka tersebut, 19 daripadanya meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID). 

Bagaimanapun berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, semalam. 

Sebaliknya kematian yang dilaporkan adalah melibatkan kes tertunggak. 

Justeru, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat semalam adalah 29,427 manakala jumlah keseluruhan kes BID meningkat kepada 5,951. 

Dalam pada itu, seramai 542 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 268 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here