Singapura benarkan tangguh hukuman mati rakyat Malaysia

0
2

MAHKAMAH Tinggi Singapura hari ini membenarkan penangguhan hukuman sampai mati ke atas rakyat Malaysia D Nagaenthran yang sepatutnya dilaksanakan Rabu ini, kerana mengedar dadah.

Peguamnya, M Ravi menerusi hantaran Facebook memaklumkan hukuman ke atas Nagaenthran, 33, ditangguhkan.

“Mahkamah Tinggi baru saja menangguhkan hukuman gantung sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan,” katanya dalam hantaran itu.

Semakan perlembagaan itu didengar menerusi zoom hari ini, dua hari sebelum hukuman.

Semalam, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengutuskan surat kepada rakan sejawatnya di Singapura Lee Hsien Loong, bagi meringankan hukuman kes melibatkan seorang rakyat Malaysia yang dijadual menjalani hukuman gantung kerana mengedar dadah.

Ismail Sabri meminta kerajaan Singapura untuk kemungkinan menangguhkan hukuman tersebut dan mengemukakan permohonan baharu Pengampunan Presiden Singapura bagi kes melibatkan Nagaenthran.

Nagaenthran, yang didakwa peguamnya sebagai seorang kurang upaya pembelajaran, telah ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan 42.72 gram dadah jenis diamporphine dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 November 2020.

Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat sehingga ke peringkat akhir, iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden Singapura dan ditolak pada 1 Jun 2020. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here