5 calon Amanah berentap saingan 4 penjuru

0
4

LIMA daripada sembilan calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, berdepan saingan empat penjuru.

Manakala empat lagi calon parti itu akan bertembung dalam saingan tiga penjuru selepas proses penamaan calon selesai hari ini.

Lima calon Amanah yang ditentang dalam saingan empat penjuru adalah Datuk Muhamad Sofi Wahab di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Adly Zahary (Bukit Katil), Mohamad Komeini Kamal (Serkam), Julasapiyah Kassim (Kuala Linggi) dan Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (Telok Mas).

Empat calon yang menghadapi saingan tiga penjuru pada PRN Melaka 20 November ini melibatkan Azrin Abd Majid di DUN Merlimau, Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Mazenah Baharuddin (Ayer Limau) dan Zairi Suboh (Tabuh Naning).

Pada PRN Melaka ini, PH mempertaruhkan komposisi calon 11 daripada PKR, sembilan daripada Amanah dan lapan daripada DAP dalam usaha merampas kembali tampuk kuasa kerajaan negeri yang terlucut pada tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here