SPRM lancar bilik gerakan PRN Melaka

0
3

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bermula hari ini.

SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, bilik gerakan itu bertujuan memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan sebarang perbuatan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pilihan raya tersebut.

“Bilik gerakan PRN Melaka yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan di SPRM Melaka, No 2, Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay, Alai, 75460 Melaka,” kata kenyataan itu.

Menurut SPRM, selain hadir ke bilik gerakan tersebut, orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 06-2896011 atau 06-2896000.

Dalam pada itu, SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

Kempen PRN Melaka di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara rasminya bermula hari ini sebaik sahaja selesai proses penamaan calon pagi tadi.

Kempen ini akan berlangsung sehingga jam 11.59 malam 19 November ini, sebelum proses pengundian berlangsung pada keesokan harinya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here