Calon BN Bukit Katil tawar manifesto tingkat ekonomi rakyat

0
1

Syaf Ziyad

CALON Barisan Nasional (BN) Bukit Katil, Datuk Hasnoor Husin akan memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan ekonomi penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Hasnoor berkata, usaha itu adalah fokus beliau dalam menifesto kempennya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Hang Tuah Jaya itu berkata, kempennya sepanjang dua minggu sebelum hari mengundi pada 20 November ini adalah mendekati seramai mungkin pengundi DUN Bukit Katil, khususnya secara maya.

“Kita akan merangka manifesto yang meningkatkan ekonomi rakyat kerana dengan jumlah pengundinya seramai 25,000 orang, landskap ekonomi Bukit Katil masih boleh dipertingkatkan lagi.

“Dari segi infrastruktur pula, kita akan melihat bagaimana untuk mewujudkan tempat riadah yang selesa,” katanya selepas proses penamaan calon di Dewan Tun Ali hari ini.

Terdahulu, Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Katil, Rohaya Abdullah mengumumkan saingan empat penjuru di DUN berkenaan antara BN, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

Selain Hasnoor, tiga lagi calon ialah penyandang kerusi tersebut, Adly Zahari dari PH; Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Muhammad Al Afiz Yahya mewakili PN serta calon Bebas, Abdul Hamid Mustapah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here