Saya bukan calon ‘heavyweight’ – Sulaiman

0
2

SAYA tak pernah cakap saya calon ‘heavyweight’, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu mengulas dakwaan sesetengah pihak mengaitkan kerusi DUN Lendu ditandinginya melibatkan pertembungan antara ‘underdog’ (calon bukan pilihan) dengan ‘heavyweight’ (nama besar) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Malah Sulaiman menyifatkan beliau sebagai calon ‘underdog’ dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilai dan memilih wakil rakyat yang layak memimpin DUN berkenaan.

“Underdog atau heavyweight di luar sana rakyat bijak menilai dan memilih siapakah yang layak untuk memimpin DUN Lendu ini mahupun di kawasan-kawasan lain,’ katanya seperti dilaporkan Melaka Hari Ini.

Beliau ditemui media selepas proses penamaan calon di Dewan Kompleks Japerun Lendu hari ini.

Sulaiman bakal berdepan saingan tiga penjuru yang turut melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Asri Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN), Mejar (B) Abdullah Mahadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here