Rayuan Najib, Shafee singkir Sri Ram ditolak

0
2

MAHKAMAH Rayuan hari ini, menolak rayuan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak dan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, untuk membatalkan kelayakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan bagi mengendalikan perbicaraan kes jenayah dihadapi mereka.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Yaacob Md Sam, sebulat suara menolak rayuan itu selepas memutuskan bahawa Sri Ram adalah individu yang sesuai serta berkelayakan untuk dilantik sebagai TPR Kanan, lapor Berita Harian.

Mahkamah itu juga memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf ketika menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi mencabar kesahan pelantikan Sri Ram.

Turut bersidang, Hakim Datuk Lee Heng Cheong dan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Dalam penghakiman yang dibacakan, Yaakob berkata, mahkamah tiada keraguan bahawa Sri Ram adalah seorang yang layak dan sesuai untuk dilantik sebagai TPR Kanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here