PRN Melaka: Tak boleh ziarah rumah ke rumah, walkabout – SPR

0
1

AKTIVITI ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah-rumah pengundi dan aktiviti walkabout tidak dibenarkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata bagi mematuhi penjarakan fizikal, ceramah yang menghimpunkan orang ramai juga tidak dibenarkan.

“Calon boleh memaksimumkan kaedah kempen menggunakan medium atas talian atau melalui saluran media massa dan media sosial,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Abdul Ghani berkata ia antara prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 bagi PRN Melaka yang diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.

Katanya, ia selaras Peraturan 16, Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Menurutnya calon dibenarkan berkempen melalui kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara pada waktu ditetapkan.

“Namun calon perlu mendapatkan permit dari pihak polis. Tempoh masa dan lokasi untuk berkempen adalah tertakluk kepada permit yang diluluskan oleh pihak polis.

“Kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara tidak dibenarkan berhenti di sepanjang laluan dalam menyampaikan ceramah,” katanya lagi.

Abdul Ghani berkata sepanjang tempoh berkempen, calon atau parti hanya dibenar membuka satu Bilik Jawatankuasa (Bilik Gerakan Utama) untuk satu DUN dan tiada Bilik Gerakan Kecil atau tempat perkumpulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here