Azhar minta ahli Dewan Rakyat, menteri pendekkan ‘mukadimah’

0
2

[PARLIMEN] Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menegur ahli Parlimen atau menteri supaya tidak membuat ‘mukadimah’ panjang ketika bertanyakan soalan atau memberi jawapan di Dewan Rakyat.

Teguran itu dibuat kerana beliau tidak mahu disebabkan soalan atau jawapan yang terlalu panjang akan menyekat peluang ahli Dewan Rakyat lain untuk mengajukan soalan yang lebih penting.

“Sebenarnya Yang Berhormat dalam percakapan yang panjang itu soalannya hanya 15 saat sahaja, saya hendak pohon supaya kita pendekkan mukadimah soalan dan jawapan itu.

“Kerana kita hendak ‘cover’ supaya lebih banyak soalan dijawab,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Hassan (Warisan-Papar) mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

Sebelum ini, Azhar juga pernah membuat teguran sama terhadap tindakan beberapa Ahli Parlimen yang meleret-leret ketika bertanya soalan sehingga membuang masa persidangan.

Dalam teguran itu juga, Azhar mengingatkan mereka supaya ‘mengurangkan bunga dan memperbanyakkan buah’.

Teguran beliau juga ada kaitan dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen yang membangkitkan pertanyaan ‘terpesong’ dari isu atau soalan yang sedang dijawab oleh menteri serta timbalan menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here