BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusof bukan individu yang dicadangkan menjadi Ketua Menteri Melaka jika BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) tersebut.
Sebaliknya, beliau berkata, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menjadi calon BN di DUN Lendu akan dicalonkan semula memegang jawatan itu.
“Tak, tak, tak… kita (BN) dah tentukan Sulaiman (sebagai Ketua Menteri),” katanya.
Dalam pada itu, Ab Rauf ketika ditanya mengenai calon Ketua Menteri, katanya, hal itu ditentukan oleh partinya.
Sebelum itu, Sulaiman merupakan ketua Menteri (BN-PN) selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan pada tahun lalu.
Malah, ada pihak mendakwa Sulaiman sering mengikut arahan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka itu sebelum membuat sebarang keputusan. – Malaysiapost

