Dira manis berbaju kurung biru, serah borang penamaan calon

0
1

CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Dewan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Lipat Kajang, hari ini.

Pelakon dan pengarah drama berusia 37 tahun itu mengenakan baju kurung berwarna biru tiba kira-kira jam 8.25 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire, lapor Umno Online.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan juga anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin bakal menghadapi saingan tiga penjuru di DUN Rim.

Turut hadir memasuki pusat penamaan calon ialah pencadang, Zulkifli Khalil dan penyokong, Jaharah Sadun.

Dira bakal berdepan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), B Prasant Kumar dan calon Perikatan Nasional (PN), Azalina Abdul Rahman.

Prasant Kumar tiba jam 8 pagi, manakala Azalina jam 8.58 pagi. – Malaysiapost

Kredit Foto: Umno Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here