Covid-19: 35 kematian direkodkan semalam

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia menguruskan jenazah covid-19 setelah dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 35 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan setakat semalam.

Daripada angka tersebut, lima daripadanya meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Bagaimanapun berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, jumlah sebenar kematian akibat Covid-19 di negara ini semalam adalah sebanyak 28 manakala selebihnya adalah kematian tertunggak (backlog).

Justeru, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat semalam adalah 29,291.

Manakala, jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,924.

Dalam pada itu, seramai 554 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 272 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here