Van bawa RM50,000 terbabas

0
3

SEBUAH van milik syarikat keselamatan yang membawa wang RM50,000 terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Mersing menghala ke Bukit Samsu, Kota Tinggi Johor.

Memetik laporan HMetro, van tersebut dalam perjalanan menghantar wang berkenaan ke Mersing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.59 petang hari ini.

“Ada tiga individu di dalam van keselamatan terbabit. Pemandu dan seorang penumpang tersepit di tempat duduk mereka, manakala seorang lagi penumpang cedera ringan.

“Mangsa terbabit ialah pemandu, Sarbini Waribab berusia 64 tahun dan penumpang Mohd Arshad Hassan serta Abdul Azizi Abdullah yang masing-masing berusia 52 dan 35 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan peralatan khas dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut. – Malaysiapost

Foto : Ihsan Bomba