Katak politik pun ada bermacam spesies – Najib

0
2

DATUK Seri Najib Razak hari ini menyindir Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana mempertahankan keputusan Pakatan Harapan (PH) menerima ‘katak berprinsip’.

Ia susulan keputusan PH menerima dua bekas pemimpin Umno iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan, yang menyebabkan kerajaan Melaka tumbang, untuk bertanding mewakili gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Katak politik pun ada berjenis spesies.

“Lompat keluar PH = pengkhianat mandat Rakyat. Perlu diharamkan. Lompat masuk PH = katak berprinsip. Tak usah dipanjangkan isu.

“Lid (Khalid) oh lid… Jika ada orang gelar munafik, kamu marah pula,” kata bekas Perdana Menteri itu menerusi hantaran di Facebooknya.

Sebuah portal hari ini melaporkan, Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah berkata tiada salahnya untuk PH menerima dua bekas pemimpin Umno yang menyebabkan kerajaan Melaka tumbang.

Khalid berkata pendirian bekas pemimpin Umno itu adalah “pendirian berprinsip dan mereka terpaksa membayar harganya”.

Semalam media melaporkan, PKR dan Amanah dijangka menerima Idris dan Nor Azman untuk bertanding semula pada PRN akan datang.

Kedua-dua parti PH itu dijangka meletakkan Idris untuk mewakili PKR dan Nor Azman untuk Amanah, sekali gus mengetepikan bekas Adun Telok Mas dari Bersatu, Datuk Noor Effandi Ahmad. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here