64 kematian direkodkan, Sarawak paling tinggi

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia mula mencangkul tanah untuk menanam jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 64 kes kematian akibat Covid-16 direkodkan semalam yang menyaksikan Sarawak mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 19 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, lapan kes kematian direkodkan di Johor, diikuti Kelantan (tujuh), Perak dan Selangor (masing-masing enam), Pahang (empat); Kedah, Sabah dan Terengganu (masing-masing tiga), Pulau Pinang dan Kuala Lumpur (masing-masing dua), serta Negeri Sembilan (satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Berdasarkan perincian GitHub, 16 daripada 64 kematian itu diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 29,155.

Menerusi data dikeluarkan COVIDNOW, sehingga tengah malam tadi sebanyak 66,944 kes aktif dilaporkan, termasuk 555 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 280 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala, sebanyak 5,865 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Malaysia kini mencecah angka 2,492,343. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here