SEORANG lelaki maut dipercayai dipukul di sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak di Changlun dekat Kubang Pasu, Kedah, malam tadi.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 8 malam oleh doktor selepas dibawa ke Hospital Jitra.
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata mangsa sebelum itu dikatakan cuba melarikan diri dari pusat pemulihan berkenaan.
“Mangsa kemudiannya berjaya ditahan pihak pusat pemulihan itu dan siasatan lanjut mendapati dia kemungkinan dipukul serta berlaku kekerasan terhadapnya.
“Setakat ini, seorang pengawal pusat pemulihan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Difahamkan, terdapat kesan lebam di leher dan dada serta cakar di bawah dagu mangsa. – Malaysiapost

