PAS guna logo PN dalam PRN Melaka bukan untuk lawan Umno – Idris Ahmad

0
2
Idris Ahmad

PENGGUNAAN logo Perikatan Nasional (PN) oleh PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan sebagai mahu berlawan dengan Umno, kata Naib Presidennya, Idris Ahmad.

Beliau berkata, sebaliknya keputusan itu dibuat atas semangat perpaduan ummah yang membabitkan tiga parti Melayu-Islam iaitu PAS, Umno dan Bersatu.

Menurutnya, walaupun bertanding dengan menggunakan logo PN namun matlamat PAS dalam PRN Melaka masih sama iaitu menentang Pakatan Harapan (PH).

“Setakat hari ini keputusan kita gunakan itu bukan (untuk) berlawanan dengan Umno, kita masih lagi dalam konteks perpaduan ummah, antara PAS, Umno dan Bersatu.

“Kita masih lagi dalam konteks untuk kita menghadapi satu musuh kita iaitu PH, jangan (mereka) berkuasa di Melaka,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program bantuan Musaadah Banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong, di Taiping, hari ini.

Pada Selasa lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka.

Menurutnya, ketetapan itu mengambil kira panduan yang diberikan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang bersidang pada 31 Oktober lalu dan selaras dengan Peruntukan Fasal 84 Perlembagaan parti berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here