1,047 kes varian Delta Covid-19 dikesan dalam tempoh seminggu

0
1

SEBANYAK 1,047 kes baharu yang kesemuanya adalah varian membimbangkan (VOC), iaitu varian Delta (B.1.617.2) dikesan di seluruh negara menerusi kajian berterusan dari 29 Oktober hingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, 790 kes dikesan daripada kajian yang dijalankan Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS).

“UKM Medical Molecular Biology (UMBI-UKM), pula telah mengenalpasti sebanyak 113 kes; Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM) mengesan 96 kes dan Malaysia Genome Institute (MGI) mengenalpasti 48 kes.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 3,692 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan yang dikesan tersebut, 3,672 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 3,432 kes varian Delta; 226 kes varian Beta; dan
14 kes varian Alpha.

“Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta; empat kes varian Kappa; dan tiga kes varian Eta,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here