JPJ minta lapor nombor pendaftaran kabur, ‘fancy’

0
2

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menekankan pemasangan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi sehingga mengelirukan, sukar dicam dan ‘fancy’ adalah satu kesalahan.

JPJ dalam kenyataan di Facebook berkata, orang ramai dinasihati untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Jika didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987,” katanya.

Dalam hantaran itu, JPJ turut memaparkan contoh-contoh gambar kenderaan yang tular di media sosial dan tidak mematuhi spesifikan yang ditetapkan.

Selain itu, JPJ turut memaklumkan bahawa pemilik kenderaan juga akan diambil tindakan jika didapati melanggar peraturan berkenaan.

“Orang ramai turut disarankan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’ di alamat email [email protected] bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here