Kes positif Covid-19 di Malaysia hampiri angka 10,000

0
2
PUTRAJAYA, 2 April -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 208 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 3,116 kes dan terdapat 5 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 50 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KES harian Covid-19 hari ini mencatatkan 23 kes baharu, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia kini 9,969 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada 23 kes itu, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan lima warganegara dan lima bukan warganegara.

Katanya, 13 kes penularan tempatan pula membabitkan 10 warganegara dan tiga bukan warganegara, semuanya di Sabah.

“Ia membabitkan lapan kes dari kluster baharu iaitu Kluster Pulau di Kunak, empat kes Kluster Benteng Lahad Datu serta satu kes saringan rujukan dari Hospital Semporna ke Hospital Tawau,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat enam kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 9,209 kes, bersamaan 92.4 peratus.

Katanya, sehingga kini, 14 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 128 kes iaitu 1.28 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” ujarnya. – Malaysiapost