PRN Melaka: Anwar dijangka umum calon PH esok

0
2
grafik

PAKATAN Harapan dijangka akan mengumumkan calon parti gabungan itu esok bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Pengumuman calon itu akan dibuat Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, lokasi dan waktu pengumuman masih dibincangkan antara PKR, Amanah dan DAP.

Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk Gue Teck, berkata Presiden PKR itu dijangka mengumumkan 28 calon yang bakal membawa cabaran PH untuk mengekalkan kerusi sedia ada, selain merampas kerusi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Tempat dan waktu masih dibincangkan, tetapi yang pasti ia di Melaka, bukannya di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Sementara itu, sumber Amanah memberitahu, parti berkenaan memberi mandat kepada Anwar untuk mengumumkan calon sejajar tanggungjawab diberikan kepada beliau untuk memimpin PH.

“Lebih mudah untuk mengumumkan semua calon, berbanding jika diadakan mengikut parti masing-masing,” katanya.

Pembahagian kerusi antara parti komponen PH bagi menghadapi PRN Melaka ialah PKR sebanyak 11 kerusi, diikuti Amanah (9) dan DAP (8).

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi. Ketika ini PH mempunyai 11 kerusi iaitu DAP (7), Amanah (2) dan PKR (2). Manakala BN mempunyai 12 kerusi dan PN (1).

Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan menyatakan sokongan kepada PH. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here