‘Kegagalan lockdown heret rakyat hidup dalam kegelapan’ – Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

KEGAGALAN lockdown membawa kesan besar terhadap rakyat ibarat hidup dalam kegelapan, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Beliau berkata, disebabkan lockdown ramai kehilangan pekerjaan, pendapatan termasuklah orang tersayang akibat Covid-19.

“Kehidupan ramai sepanjang Covid-19 ini penuh kegelapan. Tiada pendapatan, kurang pekerjaan, terpisah dengan saudara mara, malah lebih menyedihkan lagi hilang ahli keluarga tercinta.

“Satu tempoh yang amat mencabar dan menguji diri. Ditambah pula lagi dengan kelemahan pengurusan lockdown yang amat diperlukan mengikut situasi yang menekan tetapi tidak dilaksana.

“Apabila dilaksana pula ia separuh masak dengan penuh kelonggaran. Kegagalan ini membawa akibat dan kesan besar. Kegelapan dalam kehidupan rakyat,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, beliau berkata, selama dua tahun tidak dapat meraikan sesuatu perayaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kini rakyat dapat merasainya meskipun dalam norma baru.

“Selepas sekian lamanya, kita dapat meraikan sambutan perayaan dalam norma baharu bersama-sama dan saya tahu kemeriahan Deepavali kali ini mungkin berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.

“Namun saya yakin dan percaya sinar cahaya yang dicari dalam kegelapan dan ketidaktentuan ini akan mula kelihatan.

“Pemulihan akan mengambil masa tetapi dengan perancangan rapi dan pelaksanaan keputusan yang tepat, tentunya akan membawa kita kembali ke landasan pembangunan dan kemakmuran sepertimana dinikmati dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mengucapkan Selamat menyambut hari Deepavali kepada rakyat Malaysia beragama Hindu.

“Selamat menyambut Hari Deepavali daripada saya sekeluarga kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

“Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua. Deepavali Vaalthukkal,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here