28,033 unit RKMAT dijangka dibina menjelang 2030

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1635949713915","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

WARGA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapatkan kediaman dan terpaksa menyewa dengan adanya Projek Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek yang berkonsepkan beli dan pindah masuk itu adalah sebahagian daripada langkah penting ke arah kesejahteraan Keluarga Malaysia yang dilaksanakan kerajaan.

“Pagi tadi saya merasmikan 2,000 unit RKMAT Tentera Darat di Taman LTAT, Bukit Jalil.

“Saya sendiri terlibat secara langsung dalam projek ini, sewaktu saya menjadi Menteri Kanan Pertahanan, Kementerian Pertahanan telah membeli projek LTAT yang belum terjual dan menukar konsep pembinaan kepada pembelian.

“Konsep beli dan pindah masuk ini adalah yang pertama dan akan dijadikan model untuk projek seterusnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yakin, selepas ini tiada lagi warga ATM yang perlu menunggu sehingga bertahun untuk pindah masuk dan terpaksa menyewa rumah melebihi Imbuhan Tetap Perumahan yang diterima.

“Oleh itu, Blueprint Perumahan 2.0 (2021-2030) dirangka dengan matlamat membina 28,033 unit RKMAT yang selesa dan kondusif, di samping menyelenggara RKMAT sedia ada di seluruh negara.

“Melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan akan membina kira-kira 10,200 unit RKMAT dan kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

“Di mana 1,509 unit sudah pun dalam proses pembinaan manakala 7,343 lagi sedang dalam proses perolehan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para anggota ATM khususnya yang bakal mendiami RKMAT dan berharap kemudahan itu dimanfaatkan dengan sebaiknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here