Agong, Permaisuri, PM ucap selamat menyambut Hari Deepavali

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1635950608752","origin":"unknown","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Deepavali.

Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi poster yang dimuatnaik di laman Facebook Istana Negara sebentar tadi.

“Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Hindu,” titahnya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada Keluarga Malaysia yang beragama Hindu.

“Semoga perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini. Sambutlah perayaan dengan penuh kebahagiaan dalam penerapan norma baharu.

Ukirkan senyuman yang lebar dalam pesta cahaya dengan penerapan jalinan kasih sayang sesama kita, sebagai ahli Keluarga Malaysia yang dicintai dan disayangi di negara ini.

“Selamat Menyambut Hari Deepavali, Deepavali Valthukkal!” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, malam ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here