Musim tengkujuh diramal bermula Rabu ini

0
2
Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka bermula 24 Oktober ini sehingga Mac tahun depan dengan empat hingga enam episod hujan lebat diramal berlaku dalam tempoh tersebut.

MONSUN Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 3 November ini sehingga Mac tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan, memaklumkan dalam tempoh tersebut empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku.

Menurutnya, semasa fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November 2021 hingga awal Januari 2022, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Manakala pada awal Januari dan Februari 2022, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Sarawak serta Sabah. Mulai hujung Januari hingga Mac 2022 dijangka cuaca agak kering di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan dan Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan tempat di Malaysia dijangka menerima hujan pada paras purata sepanjang Monsun Timur Laut kali ini.

Katanya, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan rendah dan lokasi kerap banjir.

“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk.

“Selain itu, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan manakala kawasan pantai negeri-negeri yang mengadap Laut China Selatan juga dijangka mengalami risiko kenaikan paras laut,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Helmi menasihati orang ramai agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmil jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

“Orang ramai boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-322-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here